Beberapa minggu lalu, umat Islam baru sahaja menjalankan ibadah korban.
Dalam suasana pandemik sekarang ini, semangat ingin membantu golongan yang memerlukan dan berkongsi bersama saudara-mara, jiran tetangga dan rakan taulan jelas sekali tidak luntur.
Betapa indahnya amalan ibadah ini dalam memastikan kecukupan sumber makanan serta keutamaan yang diberikan dalam melindungi nyawa manusia untuk meneruskan hidup.
Dalam masa yang sama, erti pengorbanan yang lebih besar dari sudut harta, masa dan keselesaan juga perlu ditingkatkan demi mencapai keredaan Allah dan kejayaan di dunia dan akhirat.
Dengan tibanya tahun baru Islam 1443H, azam dan tekad untuk ‘berhijrah’ kepada tahap yang lebih baik amat dianjurkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah SAW kepada Abi Fatimah al-Dhumari RA:
عَلَيْكَ بِالْهِجْرَةِ فَإِنَّهُ لاَ مِثْلَ لَهَا
Maksudnya: “Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya.”
Hadis riwayat al-Nasaie,
Demi meningkatkan ketakwaan dan keimanan seorang mukmin, penghijrahan dari kejahilan kepada pengetahuan, kelemahan kepada kekuatan, kurang upaya kepada berdaya, miskin kepada kaya adalah amat perlu.
Masyarakat kita sedang berhadapan dengan ujian yang sangat berat.
Ramai di kalangan kita bukan sahaja memerlukan bantuan dari segi kewangan bahkan dari sudut emosi dan rohani juga.
Tekad dan daya tahan yang lebih tinggi memainkan peranan yang penting untuk mengharungi dunia yang semakin mencabar ini.
Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berkata: “Berhijrah dengan segera dan berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana umat Rasulullah SAW adalah umat yang baik. Walaupun dunia dilanda pelbagai cabaran, kita haruslah bersabar dan tidak pasrah kerana firman Allah SWT di surah asy-Syarh ayat 5 hingga 6 bahawa setiap kesulitan itu ada kemudahan.”
Di sini, ilmu agama berperanan sebagai benteng yang menjana insan yang lebih kukuh dan mempunyai jiwa yang lebih kental dalam menyahut pelbagai cabaran.
Dengan itu, Pergas sentiasa berusaha untuk membangun dan meningkatkan mutu asatizah demi melahirkan ulama masa depan yang akan memimpin masyarakat Islam Singapura.
Lihat sahaja kepada pelbagai fatwa dan irsyad yang telah dihasilkan/dilahirkan dek Covid-19 demi menempuhi norma baru yang belum pernah kita berhadapan dengannya sebelum ini.
Oleh itu, asatizah kita perlu sentiasa dibekalkan dan dilengkapi dengan ilmu yang baru untuk berhadapan dengan era yang sangat berbeza.
Pengkhususan bidang ilmu yang sentiasa berkembang seperti ekonomi, muamalat, sosial dan pembangunan manusia adalah antara bidang ilmu yang perlu diterokai dan dilengkapi oleh asatizah kita.
Alhamdulillah, Pergas melalui anak syarikatnya yang merupakan sebuah perusahaan sosial iaitu Pergas Investment Holdings (PIH), telah memainkan peranan dalam lapangan konsultasi kewangan Islam, perancangan harta pusaka, penulisan wasiat serta hal-hal muamalat lain selain dari menawarkan khidmat korban dan akikah dan jualan runcit dalam talian.
Muktamar Ulama 2021 yang dijalankan oleh Pergas pada Mac lalu, telah mengetengahkan dan membincangkan kajian tentang isu-isu semasa masyarakat seperti keganasan rumah tangga; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT); Arabisasi atau pengaraban dan banyak lagi.
Masyarakat Islam kita perlu mendapatkan panduan yang betul dan tepat untuk mengharungi kehidupan di sebuah negara sekular di Singapura dan dalam masa yang sama masih dapat mempraktikkan nilai-nilai Islam.
Demi meneruskan usaha dan merealisasikan misi Pergas, sebuah dana endowmen telah dibentuk pada tahun lepas.
Dana yang bercirikan wakaf ini adalah dana alternatif Pergas dan memerlukan sokongan dari masyarakat untuk jangka panjang.
Marilah sokong usaha Pergas dalam melestarikan kepimpinan Ulama.
Semoga agama kita sentiasa dipelihara dan sumbangan anda dapat memperkasakan asatizah yang berwiba di Singapura ini.
—
Cara menyumbang:
Lungsuri lelaman perlu.pergas.org.sg untuk Dana Endowmen Pergas (PERLU) dan pergas.org.sg untuk sumbangan zakat.
Dapatkan 3 buku terbitan Pergas secara percuma bagi sumbangan $100 ke atas untuk dana PERLU.
Berita Harian, 10 Ogos 2021/1 Muharram 1443H
Other Articles
Pergas welcome volunteers involvement of different religions: Ustaz Mizi
The involvement of various volunteers represents Pergas’ belief in continuing to work with various walks of life.
Hijrah Nilai Pengorbanan Yang Tiada Tandingannya – 1443H
“..di sebalik kisah ini terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita jadikan sebagai panduan dan teladan terutama sekali bagi pemimpin keluarga dalam mencorak sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.”
Cryptocurrency as The Future for Society
Post Views: 25,960 Download This Article Wasie[1], Adha[2] & Fazrihan[3] Introduction Cryptocurrency is a fast-growing medium of exchange in today’s financial technology (i.e. Fintech). This digital currency has features such
Emphasizing Shariah’s Prohibition on Riba: A Commentary on the Article ‘Are Interest or Coupons in Singapore Government Savings Bond Considered Riba’
Post Views: 38,355 Download This Article SYNOPSIS This commentary on Ustaz Kamal Mokhtar’s article[1] on the ruling of Singapore Government Savings Bonds (“SSB”) serves to raise awareness amongst Singaporean asatizah[2] and the general